O Fortuna
O Fortuna

O Fortuna

"O Fortuna" merupakan serangkap puisi Goliardic Latin zaman pertengahan yang ditulis pada awal abad ke-13 dan menjadi sebahagian daripada koleksi yang dikenali sebagai Carmina Burana. Ia merupakan keluhan tentang Fortuna, nasib yang tidak dapat dihindari oleh dewata dan manusia yang diselubunginya dalam mitologi Rom dan Yunani.Pada tahun 1935–36, "O Fortuna" telah diaturkan pada muzik oleh komposer Jerman Carl Orff sebagai sebahagian daripada "Fortuna Imperatrix Mundicode: la is deprecated ", iaitu babak pembukaan dan penutup untuk kantata beliau, Carmina Burana. Ia pertama kali dipentaskan oleh Opera Frankfurt pada 8 Jun 1937. Dibuka dengan rentak yang perlahan dengan paluangendang dan paduan suara yang turun dengan deras menjadi sehalus bisikan, kemudian naik semula perlahan-lahan dengan paluan gendang, diikuti alunan alat tali dan tiupan tetuang yang disudahi dengan satu not yang panjang, lantang dan mendadak. Nadanya kekal modal sehingga sembilan bar terakhir. Persembahannya mengambil masa lebih kurang dua setengah minit.Aturan puisi Orff telah mempengaruhi dan digunakan dalam banyak karya lain, malah telah dipersembahkan oleh ramai penggiat muzik klasik mahupun artis popular. Ia kedengaran dalam berbilang filem dan iklan televisyen, bahkan telah menjadi bahan utama dalam budaya popular, berpadanan dengan suasana untuk situasi dramatik atau bencana. "O Fortuna" mengungguli Carta Klasik Rakyat pada tahun 2009 sebagai muzik klasik yang paling banyak dimainkan dalam tempoh 75 tahun sebelumnya di United Kingdom.[1]

Rujukan

WikiPedia: O Fortuna http://news.bbc.co.uk/1/hi/entertainment/8432499.s... https://books.google.com/books?id=XPUTEAAAQBAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=XPUTEAAAQBAJ http://www.worldcat.org/oclc/1195817243 https://www.worldcat.org/oclc/1195817243 https://phoenixchorale.org/2013/04/music-from-the-... https://books.google.com/books?id=IX9dDwAAQBAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=IX9dDwAAQBAJ http://doi.org/10.1515%2F9783110949414-002 https://doi.org/10.1515%2F9783110949414-002